Hidangan Pisang masakan

Pisang goreng iaitu salah satu makanan berdasarkan punti akan digoreng jeluk dalam minyak kelapa. Pisang goreng ini boleh disalutkan dengan tepung sadur atau terus digoreng. Ia ialah kudapan yang banyak ditemukan di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.[15]

Di negara-negara Amerika Tengah dan kepulauan Caribbean, punti digoreng, direbus atau dimasukkan ke dalam sup. Di Kerala, punti yang ranum, dikukus dan dimakan sebagai sarapan. Di Ghana, punti dijadikan sebagai masakan rebus. Selain itu, punti ranum yang digaul dengan rempah digoreng dengan minyak kelapa sawit atau minyak kacang tanah.

Di selatan Amerika Syarikat, terutama di Texas, Louisiana dan Florida, punti dibakar atas gril. Di Guatemala, punti direbus, dilenyek dan disumbat dengan kacang hitam yang dimaniskan. Kemudian, ia digoreng bersama minyak jagung atau minyak bunga matahari. Di Puerto Rico, Republik Dominica dan Cuba pula, punti direbus, dilenyek dan kemudian dimakan bersama telur goreng untuk sarapan.

Rencana makanan ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Pisang masakan http://www.biovisioneastafrica.com/publications/BI... http://www.chiquitabananas.com/Banana-Information/... http://fazlisyam.com/pisang-raja/ http://ndb.nal.usda.gov/ndb/search/list http://lipi.go.id/publikasi/diversity-and-characte... http://www.agroforestry.net/tti/Banana-plantain-ov... //www.worldcat.org/oclc/905969818 https://www.britannica.com/plant/plantain https://www.elnuevodia.com/ciencia/ciencia/nota/la... https://emborahome.com/can-you-eat-raw-plantains/